bila seorang lelaki benar-benar jatuh
cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat
dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi
selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan
apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan
air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil
kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki
kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah
menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu
sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta
yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu
sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan
yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan
sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki
sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang
yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya
untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu
seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang
dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah
mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak
disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu
sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu
berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba
mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci.
Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan
kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman
lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang
pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di
mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau
berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si
dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula
berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi
pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa
sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil
perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap
acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap,
tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan
dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah
apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil
semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan
inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu
sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula
kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah
sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang
yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama
yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat
kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang
yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan
tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke
satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi
menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan
darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu
persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya
menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu
tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata
demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk
seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup
menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal
gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu
lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan
semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap
kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya….
Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar
LELAKI.
No comments:
Post a Comment