Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri
dan tidak mahu bercakap dengan anda?
Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai
masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang
membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS
anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham
kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan
mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?
Kerana itu sikap seorang
lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka
menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka
akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka
diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question,
mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan
diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil
oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil
oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan
masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila
mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa
pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini
adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak
menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda
lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut,
menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa
untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si
dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda
berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai
ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu
hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda
mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat
juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya
mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan
kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah
beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa
untuk bersendirian ketika saya memerlukannya. (thanks dear~)
Mudah-mudahan dengan artikel
ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila
mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap
seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling
memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan
yang bahagia selamanya.
No comments:
Post a Comment