Malu adalah
sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk
dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi
wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi
sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di
dalam pingitannya.
Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang
sepatutnya.
Malulah dalam kebanyakan hal, namun
dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat
kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Pemalu Tak
Bertempat
Kita semua harus sedar bahawa rasa malu
yang tak bertempat akan membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan
peluang untuk menikmati hidup yang lebih indah.
Juga membuatkan kita tidak dapat bergaul dengan orang lain,
tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang dimiliki.
Malah hanya boleh menjadi pendengar
sahaja.
Atasi Masalah Ini
Secara Berperingkat – Peringkat
Untuk melawan perasaan malu ini, kita
boleh melakukannya secara berperingkat – peringkat, dengan belajar cara etika
pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada
kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.
Ingatlah kita sebenarnya mempunyai
banyak keistimewaan. Kita boleh menulis dan membacanya setiap saat untuk
meningkatkan perasaan percaya diri.
Tiada Orang Yang
Memerhatikan Kita Sebenarnya
Jangan terlalu memperbesar – besarkan
dan memikirkan kelemahan yang dimiliki. Jangan beranggapan bahawa orang lain
menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut.
Setiap orang mempunyai
kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.
Yang penting adalah kita berusaha
dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki kelemahan kita dengan
tenang.
Jangan sesekali kita beranggapan bahawa
kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan orang lain.
Inilah yang sebenarnya menyebabkan rasa
malu, iaitu takut menjadi bahan bualan dan cemuhan orang lain.
Mesrakan Diri Untuk
Berkenalan
Selain itu, jangan malu untuk
berkenalan dengan orang lain.
Berkenalan dengan orang lain bukanlah
perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan kesabaran untuk
melakukannya.
Pemalu kepada Lawan
Jenis
Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun
pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis.
Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh
menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi
dihadapan kaum lelaki.
It’s better than dengan keberanian yang
berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu
dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
Bukanlah Perkara
Yang Sukar
Untuk melawan rasa malu terhadap lawan
jenis, katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar.
Berbicaralah dengan
tenang dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau
pekerjaan.
Kita juga harus menjadi pendengar yang
baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.
Kita mampu untuk mengatasi rasa malu
itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul
dengan orang lain.
Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia
yang telah berjaya untuk melawan rasa malu.
Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak
bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment