Saya kenal seorang yang
kurang mepunyai idea perniagaan. Memang nak dapat idea perniagaan sukar
baginya… tetapi, apabila beliau mendapat satu idea
perniagaan- terus beliau focus 100% untuk memastikan satu idea tersebut
dijayakan dengan sempurna.
Saya juga kenal seorang
yang selalu mendapat idea perniagaan… seminggu, mungkin satu idea perniagaan
difikirkan. Bila dapat idea sahaja, beliau excited, dan menulis idea tersebut
dalam buku notanya. Tetapi, kenalan saya yang ini, sejak
saya kenalinya setahun dua yang sudah, satu perniagaan pun tidak berjalan! Idea
sahaja banyak, implementasi tidak lagi…
Apabila saya bandingkan
dua keadaan ini, nampaknya, kenalan yang kurang mempunyai
idea akan menghargai idea tersebut dan 100% berusaha sampai idea tersebut
direalisasikan. Kerja
nya dari mula… sampai perniagaan berjaya!
Yang sorang lagi pula,
apabila dapat idea, dia cepat-cepat mulakan idea tersebut… tetapi, sekali
nampak sedikit kesukaran sahaja, terus lentur semangatnya. Terus
fikirkan untuk memulakan idea yang lain. Bila mulakan idea yang lain, tak
sampai suku jalan, dah fikir idea lain yang lebih
baik. jadi kerja
pun tak sampai suku jalan… Bila mula idea baru, mula
ragu-ragu tentang idea tersebut dan fikir idea perniagaan baru…
Akhirnya, satu perniagaan pun
tidak dimulakan. Bak
kata lagu masa kita kecil dulu…
“Lompat si katak lompat”.
Lompat dari satu idea, ke idea yang lain… dari satu perniagaan ke satu
perniagaan yang lain..
At the end of the day,
kenalan yang mempunyai banyak idea dan tidak mulakan walaupun satu perniagaan
tidak ke mana. Bila
di tanya, banyak alasan yang diberi…
Ragam manusia berbagai.
Anda bagaimana? Adakah anda yang fokus pada satu idea, atau anda jenis yang
melompat dari satu idea ke idea yang lain, dan sedar-sedar sehingga kini
tidak mencapai kejayaan perniagaan?
Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca
lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan
berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya
iaitu:
Petikan dari majalah Sukses - 10
September 09
Usahawan sentiasa mempunyai
keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang
berjaya adalah hidup yang bermakna.
Seseorang usahawan adalah
pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia
sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan
kepadanya.
Usahawan tidak menjadikan
dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia
merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.
Seseorang usahawan akan cuba
menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan
masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah
dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.
Usahawan sentiasa mempunyai
harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika
berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
Untuk menjamin bahawa dia tidak
terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan
dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
Satu formula terpenting bagi
seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai
banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu
kenyataan.
Seorang usahawan adalah seorang
ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai
kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik.
Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat
penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur
dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan
perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta
pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.
Ini sifat yang amat penting.
Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko
dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan
bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.
Usahawan itu bertanggungjawab
terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan
bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta
bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Usahawan bijak mengenal pasti
peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi
memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan
melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
Kebiasaannya manusia akan
berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju.
Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila
cita-citanya selama ini telah dicapai.
Seorang usahawan berfikir secara
positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai
peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.
Seseorang usahawan itu sentiasa
mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa
mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini
membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat
keputusan penting.
Usahawan berfikir bahawa
sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa
mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang
dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
Usahawan menyusun strateginya
dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira
kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan
kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga
mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat
persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya.
Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci
segala perancangan.
Usahawan memerlukan seberapa
banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta
membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa
mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.
Usahawan fokus pada pencapaian
matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan
pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah
usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu
dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan
matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.
Seseorang usahawan mampu
mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan
kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
Pengurusan perniagaan yang
efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan.
Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja
dan mengawal perniagaan.
Semangat yang kental perlu untuk
usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan
rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh
berjaya
Usahawan adalah pemimpin. Mereka
bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu
mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang
usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga
dan mengatur urusan pekerjanya.
Seseorang usahawan yang berjaya
itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat
dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.
Usahawan pandai membuat keputuan
yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan
masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang
berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini
dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
Adakah anda ingin menjadi
seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas den
perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan
berjaya.
Ciri-ciri seorang Usahawan Berjaya
Berikut
adalah beberapa ciri-ciri Usahawan yang berjaya diambil dari laman web Tool Kit
PKS untuk dipertimbangkan:
Berani
Berani
merujuk kepada naluri keusahawanan, yang merupakan keinginan yang amat kuat
untuk mempunyai perniagaan sendiri. Anda mesti mempunyai keberanian dan dedikasi
yang benar-benar akan ditumpukan kepada matlamat anda. Secara kebetulan,
kesetiaan kepada matlamat anda bererti anda mempunyai kecenderungan yang amat
kuat untuk perniagaan yang dimaksudkan. Hidup ini terlalu pendek untuk
memulakan perniagaan yang tidak memberi kepuasan dan kegembiraan kepada diri
anda.
Cerdik
Walaupun
kelulusan pelajaran yang sesuai adalah penting, "otak" keusahawanan
ertinya lebih daripada pencapaian akademik. Untuk menjadi usahawan yang
berjaya, anda mesti mempunyai pengetahuan kerja mengenai perniagaan yang anda
merancang untuk memulakan sebelum anda mula. Akal budi digabungkan dengan
pengalaman yang sesuai adalah kecerdikan yang diperlukan. Sikap berhati-hati
dan cermat sangat penting.
Modal
Anda
akan memerlukan wang benih anda sendiri, termasuk wang tunai yang mencukupi
untuk mengekalkan aliran tunai yang positif untuk sekurang-kurangnya tahun
pertama perniagaan anda. Dalam sesi masa depan, anda akan belajar bagaimana
untuk meramal keperluan tunai masa depan melalui kawalan aliran tunai. Banyak
perniagaan boleh ditubuhkan pada skala yang sangat kecil dengan pelaburan yang
kecil. Kemudian, satelah perniagaan berkembang dan anda telah mendapat
pengalaman, aliran tunai dari perniagaan anda boleh digunakan untuk
pertumbuhan.
Dalam
sesetengah keadaan, anda tidak perlu modal permulaan untuk mengupah orang lain
kerana anda mungkin mula dengan melakukan segala-galanya sendiri. Strategi
"Melakukannya sendiri" adalah cara yang baik untuk belajar
segala-galanya tentang perniagaan anda dan juga ia membuat anda lebih layak
untuk mewakilkan kerja kepada orang lain kemudian. Anda boleh mengawal risiko
anda dengan meletakkan had kepada berapa banyak anda ingin melabur dalam
perniagaan anda.
7 Ciri Cemerlang Orang Positif
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif / berjaya.
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif / berjaya.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama
besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup,
semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang
yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur
lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita
semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti
gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras
mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan
idea yang mengejutkan!
2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai
penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan
dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya.
Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang
budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan
baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi
kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang
jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi,
Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam
kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang. Onassis sedar yang
tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal
perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal
kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat
sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi
mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang
dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif lebih melihat
halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha Sungguh -sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada
falsafah:kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah
ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang
bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang
itu hendaklah membuat dua perkara ini:
4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam
bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia
menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta
orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci
sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat
ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau
Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk
menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya
itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan
dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis -
menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari
rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan
kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah.
Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah
atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam,
tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita
boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh
Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai
seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak!
Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian?
Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion
tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat.
Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik
rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak
mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat
membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan
atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang
akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri!!!
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh
pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar
dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati,
dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang
tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan
merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas!Rakyat
adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan
oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada
hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang.
Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan
untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada
berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya
apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk
dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa. Orang
yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka
memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif
walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta
berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami
kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu,
janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan.
Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa
memohon keredaanNya. Insya-Allah.
Hampir terlupa nk post di blog harini. Sabtu and Ahad lepas dah draf cuma belum sempat nk post.
Today Sue nak share about 10 ciri untuk menjadi usahawan wanita yang BERJAYA..
Kredit to majalah Mingguan Wanita...
1. KEPERCAYAAN PADA DIRI SENDIRI
Jika kita tidak mempunyai keyakinan diri sendiri untuk berjaya, maka segala-galanya yang telah kita usahakan tidak akan membuahkan hasil.
We need to trust ourselves that we CAN DO IT!!
2. BERCITA-CITA TINGGI
Especially to WOMANpreneur, cabar diri sendiri untuk berjaya seperti orang lain. Kita perlu ada cita-cita yang tinggi.. Dengan cita-cita tersebut barulah kita berani mencabar diri kita untuk berjaya.
3. TAMPAK BERKEYAKINAN
Jagalah ketrampilan diri dan tunjukkan imej keyakinan kita. Dalam membina bisnes, tahap keyakinan diri sendiri amat penting untuk MEMENANGI dan MENAMBAT hati klien-klien kita. Bila kita tampak yakin, kita juga akan meraih kepercayaan klien-klien dan dalam masa yang sama dapat memupuk reputasi yang kukuh.
4. KEGHAIRAHAN TERHADAP PRODUK
Usahawan wanita yang berjaya mempunyai minat dan keghairahan yang mendalam tentang apa yang mereka ceburi. Oleh itu dengan mempunyai minat dan keghairahan tersebut kita akan lebih cenderung mewujudkan bisnes yang kita nikmati. Oleh itu ladies, terokailah di mana letaknya minat kita. Letakkan kepercayaan kita dan jadikan ia sesuatu yang kita benar-benar boleh rasa bangga.
Macam Sue, Sue amat mempercayai keberkesanan produk Premium Beautiful. Selain dari menjual, Sue sendiri menggunakan produk ini sepenuhnya seperti yang disarankan. Dengan itu barula kita dapat berkongsi keajaiban produk ini dengan customer dan client kita.
5. RENDAH DIRI DAN KESEDIAAN UNTUK BELAJAR
Kita tidak boleh duduk berlengah dan mudah rasa puas hati apabila mengusahakan bisnes sendiri. Dalam apa jua industri yang kita ceburi, kita perlu sentiasa berinovasi agar dapat bersaing dengan usahawan-usahawan lain.
Luangkan sedikit masa kita dengan menghadiri bengkel, majlis ilmu, membuat kajian sendiri dan belajar daripada orang lain.
6. HALA TUJU KITA
Kita perlu percaya bahawa kita ditakdirkan untuk perkara yang HEBAT dan BAIK. Untuk memulakan sesuatu bisnes yang berjaya, kita perlu mempunyai hala tuju yang jelas.
7. KETEGASAN
Sebagai wanita kita tidak lari dari sikap lemah lembut. Namun untuk menjadi usahawan wanita atau Sue lebih suka WOMANpreneur, kita perlu bersikap lebih tegas. Ianya amat penting kerana dengan ketegasan orang lain akan lebih menghormati kita. Cuma dengan kelembutan, jangan sesekali kita tonjolkan kelemahan kita.
8. KERJA KERAS
Kita boleh mempunyai kecerdasan luar biasa, mempunyai banyak kenalan atau mempunyai banyak peluang keemasan tetapi akhirnya, hanya dengan kerja keras barulah kita akan mengecapi kejayaan yang cemerlang.
9. KEBERANIAN
Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, untuk menguruskan sesuatu bisnes, kita perlu berhadapan dengan segala cabaran dengan teguh hati. Kita perlu paksa diri untuk keluar dari ZON SELESA yang kita pernah berada di dalamnya. Bermakna kita perlu berani mengambil risiko dan sudi terima bila sesuatu kesilapan berlaku.
10. KEGIGIHAN
Memulakan sesuatu perniagaan adalah satu perkara yang cukup sukar. Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu gigih dan tidak boleh mudah berputus asa.
Tentunya ada hari yang kita akan berasa hampa sekali dan rasa hendak menyerah kalah. Tetapi ingatlah kenapa pada awalnya kita bercadang untuk memulakan perniagaan.
Itulah dia antara ciri Usahawan WANITA yang berjaya. Sue harap Sue juga dapat mempraktikkan ciri-ciri ini.
Iya, bukan mudah untuk berjaya dan bukan mudah laluan yang kita pilih ini tetapi jika kita ada kepercayaan, ada usaha Insya Allah kita akan BERJAYA.
Macam sekarang Sue pilih untuk menjadi GLAMpreneur, walaupun secara part time namun dengan berkat usaha yang tidak jemu, sedia belajar dari mentor dan menghadiri majlis ilmu yang diadakan, Sue amat yakin Sue akan berjaya dalam bisnes ini. Insya Allah.
Sue doakan kita akan SUCCESS dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Aminn..
No comments:
Post a Comment