
“Bro Razzi! …Dengan kadar segera pleasssse!” – Haa, itulah kawan-kawan saya dari kaum hawa
nihh, kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak segera. Sampai yang duk Australia dan
Japan asyik bertanya dan kebetulan, gadis-gadis dari Sabah dan Brunei juga
turut curious dan menggesa Bro Razzi menulis tentang Isi hati lelaki…
Ok girls, this is special for you!
So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah
anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki?
Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula
dengan kebencian mereka?
True enough many man, makes women became 3
things… confused, confused and yes confused! Hehehe…
well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia
orang sudah ada jawapan secara detail.
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…
The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI
HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu
memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan
lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand,
contoh :-
Contoh 1 : Jika
lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you
ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and
that’s all…
·
Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak
suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu
pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki
kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada
kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay,
simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu
menjaga hati wanita.
·
Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat
you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You
syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan
you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah
cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he
felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia
suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau
akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you
ke…you confused.
·
Isi hati lelaki –
TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan
cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler
nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan
you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat
you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you
know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki
ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum
dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you
dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau
betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari
aku ek?”
·
Isi hati lelaki – Lelaki
berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap
true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka
keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi
dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu
lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms
setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun
dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat
dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes
berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I
dah buat?”
·
Isi hati lelaki
– “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak
berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl
lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi,
semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s
that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You
rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap
muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat
dia? Confused! Confused!
·
Isi hati lelaki –
RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu
sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat
ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu,
duk dengan bini lah beb… hehe simple!
)

Contoh 7 : Kat
office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik
hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat
meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia
pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun
bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat
dengan aku, tapi MALU nak cakap?
·
Isi hati lelaki – YES,
lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga.
Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia
cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup
pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 

Contoh terakhir : You
sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah
kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan
geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru
cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia
tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to
know apa silap you dan mahu perbetulkan.
·
Isi hati lelaki –
TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat
girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je
tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat
you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit
dan cekik dia hahahaha…
Basically…
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s
either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak,
dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of
story.
·
Kalau dia ajak dating just the two of
you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat
untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
·
IF dia tak ajak… walau dia malu atau
tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening
kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan
atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe 

No comments:
Post a Comment