Tuesday, 9 June 2015

Pusat rawatan rohaniah

Mandi Limau Kenapa mandi limau? Ramai perawat menggunakan kaedah mandi limau bagi tujuan perubatan, tapi ada jugak yang tak gunakan limau langsung, guna daun bidara, mandi garam dan sebagainya la... Kenapa perlu limau.. Limau ni umpama sabun bagi jasad kita yang batin..kan kita hidup zahir dan batin... Jadi mandi yang zahir guna sabun, mandi yang batin guna limau la Bila kita ada terkena sihir, saka, kencing jin, ludah jin, sial sesuatu tempat terlekat pada kita, sial orang lain terlekat pada kita, orang tengah buang sial kita lalu kawasan tu....dan macam2 lagi ini antaranya..penerangan secara ala kadar kenapa perlu limau 1- Sihir akan menyebabkan tubuh badan di tempat-tempat tertentu hitam bertompok2, tompok itu la kita panggil bisa-bisa badan kesan dari serangan JIN, boleh jugak ditarik pakai telur, pisau, or perawat yang kering pakai tangan je..walaupun sudah ditarik, tetap jugak kena basuh dgn limau, contohnya taik lepas dah kutip,ada bau dan terpalit sikit2, so kita basuh ngn air sabun kalu nak bersihkan... tompokan bisa ni menyebabkan badan kita lenguh2 dan sakit...dari kesan tompokan sihir ni la, perawat boleh tahu dimana sakitnya tubuh badan seseorang.. 2- Sial umpama satu selubung aura hitam yang menyelubungi tubuh sesorang...sapa yang dah terkene benda ni memang sial je manjang, buat apa pun tak boleh...ada 2 kes sial,1 sial sebab asik buat jahat dan menipu duit orang, aniya orang, hasad dengki ngn orang, sentiasa bersangka buruk sesama manusia, busuk hati, iri hati, maka dengan kerana sifat2 ni, satu aura sial akan datang pada tubuh kita...simple je dia punya pepatah buat baik dibalas baik,buat jahat,jahat la balasanya..nampak mudah,tapi bagi yang belajar ilmu law of universe, hukum karma, energi positif n negative.... dia akan jumpa apa yg aku katakan ni...jadi kalau nak bersihkan dari aura sial ni, kita kena berbuat baik balik,maka jenis sial ni akan hilang perlahan-lahan dan digantikan dengan aura putih yang baik...umpanya sedekah..jujur, amanah...or yang paling senang nak tau nak dapat aura yang putih ikutlah sifat nabi ...PASTI DAPAT...kes sial yg ke2 ni barula boleh mandi limau, sial yang tanpa disengaja or sial yg disihir..contoh,kita bercampur dengan orang yang sial,maka aura orang sial tu terpalit pada kita,perlahan-lahan kita pun jadi sial..kita campur ngn org baik,aura baik dia pun terpalit pada kita,perlahan-lahan kita pun jd baik..begitula ada nya..ada hadis tenntang ni kan..sentiasa berdamping dengan orang yang berakhlak mulia..ada sebabnya...paling malang bila kita memang di SIAL kan oleh tokmoh...ish ish..ini kena berubat la dan mandi limau..sial2 jenis yang bukan kita buat jahat memang boleh dibersihkan dengan limau..tapi sial jenis penyakit hati, kena bersihkan hati dulu beb..sebab tu nabi selalu tegaskan berkenaan penyakit hati ni Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari)..maka dari hati kita menipu duit orang, dari hati kita berbuat jahat, dari hati kita aniya org, dari hati kita menuduh sesama manusia, dari hati kita membuat kerosakan di bumi..maka2 perlahan2 rosaklah seluruh jasad 3- Tahik Jin, Ludah Jin..semuanya kotor pada jasad batin kita, malah ada Jin yang mempunyai ilmu yang tinggi, dengan ludahnya sahaja sudah membuatkan badan kita bisa-bisa dan lenguh2... Bagi membersihkan kotor-kotoran jenis begini, saya galakkan masing-masing mengamalkan mandi limau sebeulan sekali or terpulang.. Limau purut adalah jenis limau yang terbaik sekali dalam banyak-banyak limau...cuma harganya agak mahal berbanding limau - limau biasa..limau nipis pun boleh.. Kita boleh buat sendiri je mandi limau ni..bacakan ayat yang sesuai..potong cara yang sesuai, then mandila sendiri kat umah.. kaedah yang aku ada akan diajarkan ketika kursus nanti...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, 2 June 2015

Perancangan Masa Depan

Bismillahirahmanirahim..

Sahabat..
Masa depan adalah suatu yang kita xmampu untuk melihat..
kita xmampu berkata ,pada masa hadapan kita akan menjadi ap..
kita xmmpu kata yang kita akan kaya atau miskin suatu hari nanti..
kita juga xmampu kata yang kita akan cantik selamanya,
kita xmampu nak jugde kehidupan kita pada masa akan datang..

tapi..
yang mampu kita buat adalah,USAHA
Usaha lah sekadar mampu..usaha lah semampu blh,selagi mana hayat dikandung badan :)
xusah berdendam dengan apa yang orang pernah hinakan kita..
senyum lah dan tabah lah hadapi dunia ..

Pacak dalam diri iman yang teguh..
pacak dalam diri tekad untuk berubah kerana Allah
tekad untuk berjaya
abaikan hati2 yang xsuka pada apa yang kita usahakan
abaikan mata2 yang memandang hina..
abaikan lidah2 yang menyindir kita..
buang semua hasad dengki  terhadap orang yang dengki pada kita..
senyumlahh :)

bukankah ujian ini sudah selalu kita hadapi..
maka lalui lah duri yang menghalangi jalan dengan penuh berhati2 agar kita tidak terpijak duri itu.

dan ucapkanlah..
hasbunaAllah huanikmal wakil
CUKUP LAH ALLAH BAGI KU :)

Thursday, 16 April 2015

Pelupa semula jadi atau buat2..aduhaii..

aq xpernah meminta untuk menjadi seorang yang pelupa ..aq cuba ingat setiap perkara yang aq buat namun aq selalu gagal. berkali2 aq cuba ingat apa yang dipelajari,dibaca dan dibuat,kadang bila orang berkata-kata kepada aq aq lupa dan dimarahi kerana terlupa atas apa y diberitahukan,berulang kali berlaku pada aq.terlalu sedih aq rasakan.hidup aq xseperti yang lain.kadang kala aq rasa dunia ini kosong,xbermakna bagi aq..aq cuba buat setiap perkara dengan baik.aq cuba belajar balik,aq baca buku,aq cuba siapkan kerja aq dgn lengkap walaupun ada beberapa perkara penting aq terlupa utk lakukan..
orang mengkritik aq kerana sikapku yang pelupa..mereka tidak berada ditempatku,mereka tidak mengalami apa yang aq alami.menreka tidak tahu betapa sakitnya menjadi seorang yang pelupa.nampak seperti tidak ade apa2..sukar untuk belajar,sukar untuk bekerja,sukar untuk berkomunikasi dengan orang,sukar..segalanya sukar..
kadang memang aq cuba menyembunyikan pelupa aq dengan memberi alasan kepada orang dan dengan mendiamkan diri wat sementara waktu..
aq penat menghadapi perkara ini sendiri selama bertahun2..
penat mengharungi sakit ini sendiri,manusia xkn pernah nampak kesakitan yang aq alami kerana pada zahirnya aq kelihatan seperti orang normal yang lain..penat..penat..dan penat..
aq tidak banyak mengadu pada masyarakat kerana aq tahu mereka juga punya masalah tapi mereka boleh mengawal masalah mereka dengan melakukan bermacam2 aktiviti..namun masalah yang aq hadapi walaupun aktiviti ape pun yang aq isi utk melepaskn stress ny masalah pelupa ny tetap ade.
dan sampai lah sekarang ny aq rse macam da xnak hidup da kadang2..tapi aq kuatkan jugak hati aq tuk jaga hati mak ayah aq. insyaAllah..sekarang aq sedang dalam proses tuk hafaz quran..
semoga Allah memberi kekuatan pada aq untuk hafaz quran.semoga segala yang terbelenggu dihati ini Allah lepaskan supaya diri ini lebih tenang menghadapi kehidupan harian.

Friday, 6 February 2015

KITA BERSAING..


Demi Allah..
claw ini lah cara dan jalan yang terbaik

Selama ny aq banyak mengalah dalam pekerjaan,dan mungkin itu juga sbbnya aq slalu berhenti kerja..
Atas apa sebab pun lepas ny..aq da xnak mengalah..
ego dengan cara kau..kau xkan dapat apa2 pun dari sikap ego kau tu..!
Allah lebih tahu mana yang terbaik..
Memang aq selama ny aq cari orang yang boleh dibawa bersaing dalam tempat kerja..
tujuan aq pun sebenarnya untuk membuatkan aq makin bangun dan terus naik satu demi satu anak tangga kehidupan..
Mungkin inilah tujuan Allah menghantar aq bkerja di sini..
Selama bertahun2 aq bertukar2 kerja..
satu demi satu kesakitan yang aq alami..
bermacam2 perkara aq hadapi..
Mmg sebab tekanan lah aq banyak berhenti..kerana sewaktu itu aq mmg bukan sorg yang kuat..
tekanan membuatkan aq mudah jatuh..
berkali2..sehingga hari ini dan mungkin sampai bila2 pun tekanan akan sentiasa ade.. :)
Hanya orang yang hebat mampu berdepan dengan cabaran yang besar.
Mungkin aq baru diperingkat pertengahan..
aq sedar..ramai diluar sana yang jauh lebih hebat dari aq..
jauh lebih berkeyakinan dari aq..
xde manusia yang berjaya tanpa mempunyai sejarah yang pahit dalam kehidupannya..
sakit itu mungkin lumrah ??
Aq xfaham dgn mnusia sepertinya..dy punya banyak pengalaman,mengapa xdiajarkan kepada aq?
adakah kerana memandang yang aq punya banyak kelebihan?
Allah dah tetapkan kan kelebihan dan kekurangan manusia sekaliannya..
jika dy manusia yang bersyukur maka dy akan redha dengan kekurangan yang ade padanya dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya..
sombongnya manusia..

InsyaAllah..
aq xkan pernah lagi mengalah dalam bab untuk mencapai kejayaan..
kerana yang membantu aq adalah menguasa seluruh alam..
just keep smile :)
and always says Alhamdulillah.. ^___________^


Thursday, 5 February 2015

AQ HANYA INSAN BIASA

Ya Allah..
Aq meniti hari2 ku dengan penuh berhati-hati..
penuh teliti dan penuh perancangan..

Aq merancang masa depanku bukan untuk diriku tapi suatu hari nanti aq mengharapkan aq mampu menjadi seorang yang mampu menjadi kebanggaan ibu dan ayahku..
menjadi contoh dalam keluarga..

Dalam perjalananku ini..ya Allah..
kau pimpinlah tangan ku..
gemggam eratlah jari jemariku..
dekatkanlah hatiku padaMu..
dan jauhkan aq dari terlorong ke jalan yang salah..
aq merinduiMu..
Mencintai sunnah rasulmu..
Mencintai Al-Quran yang engkau turunkan utk menjadi panduan dan pegangan buat kami hambaMu..

Aq insan biasa..
lemah tanpa Kamu..
kuatkan aq ..buangkan sifat2 hasad dengki dari dalam jiwaku..
kuatkan aq..bantu aq berjaya dengan cara yang baik..
kuatkan aq..temanilah aq dimana jua aq berada..
kuatkan aq..berilah kekuatan hati dan mental kepadaku..
kuatkan aq..tunjukkan jalan penyelesaian dalam setiap masalahku..

buanglah ego ku yang xsepatutnya ade dalam hatiku..
tunjukkan lah jalan penyelesaian..ya Allah..
agar aq tahu apa yang harus aq lakukan..hanya dengan berpandukan hidayah dariMu..

Aq ingin berjaya dalam hidup..
dalam kehidupan dunia dan akhirat..
aminn....
 

Wednesday, 4 February 2015

PENDIAM..BUKAN MAHU..TAPI SIFAT SEMULAJADI

korang xkan faham claw korang xberada kat tempat orang2 seperti kami..
PENDIAM..PEMALU dan XPANDAI BERBUAL dan BERTANYA..

kenyataannya dalam hidup ini..siapa yang xnak jadi orang yang hebat..
orang yang pandai berkomunikasi..
siapa yang nak sentiasa mundur ke kebelakang..???

pendiam,pemalu dan sukar bertanya itu semua boleh diubah..
jika orang yang bukan dalam golongan pendiam..dy mungkin melihat kita sebagai seorang yang pendiam..

amatlah sukar dalam situasi dimana kita sedang berubah dari seorang yang pendiam pada seorang yang pandai bergaul..
pandai berbual dengan penuh keyakinann..
tu yang aq impikan..

seorang pendiam ny selalu lekat dengan gelaran sombong..
padahal hakikat sebenarnya mereka xmacam tu..
dan kadang2 bila nk back up diri dari nampak cam xbergaul..tu yang kadang cuba jugak 
menyelit dengan diorang yang lain..
tu pun disebabkan kadang xbiasa bersembang,kadang2 cerita yang nak disampaikn tu jadi cam xseronok didengar..

orang selalu cakap..
practice make perfect..
tu la yang aq tgh sungguh2 blaja skunk ny..

aq cuba jadi ceria mesra cam diorang..tapi kadang2 ade je yang xkena..
dan kadang tu tiba2 lidah jadi cam kelu tetibe..time tu rse nak berbual xboleh dah..huhu
muka plak jenis muka ketat pada masa tertentu..

tempat kje pun terasing dengan tempat kje diorang yang lain..
sendiri la aq mengemis kasih :(
bila kawan2 pejabat berbual..aq jadi keliru nak join ataupun x dengan diorang..

ape pun aq tahu utk ubah smua ny insyaAllah boleh,..
hanya orang seperti aq yang faham diri aq dan entri aq..

untuk berubah..hanya perlu positif dan terus positif..
keep smile..and always make your life happy :)

bagi korang yang pendiam..
satu je..kita boleh belajar berkomunikasi..
just rajin2kan diri tuk cari info dari laman web..
InsyaAllah boleh ubah diri suatu hari nt..just slowly..

pasif to active 
kena berani berubah..InsyaAllah!

Monday, 2 February 2015

MUNGKIN HANYA SALAH FAHAM

Assalamualaikum semua..
For this article, i just wanna explain the reality me at my office. :)

Mungkin kerana terlalu nakkn jawatan sebagai akaun..aq terlupa bahawa..jawatan yang aq sandang tu adalah jawatan yang baru aq duduki dalam syarikat tu..

aq hanya orang baru..dan pengalaman untuk menguruskan semua ttg akaun juga baru sedikit..
aq perlu belajar dengan orang yang lebih berpengalaman  dan lebih pandai tentang ny pengurusan akaun..
bukan bersaing dengannya :)

SubhanaAllah..tu la ksilapan aq sebelum ny..
aq xla spatutnya bersaing..tapi hanya perlu mendengar dan cuba melakukan kerja dengan baik..
mungkin pada permulaannya agk sukar untuk faham ape yang dibincangkan,dan mungkin juga sukar untuk faham ape yang diajarkan..
dan mungkin juga sukar untuk masuk dan terima ilmu dr orang yang kurang disukai ditempat kerja..
memaksa hati untuk terima cara orang yang kurang disukai adalah sukar..
mungkin sukar menerima cara dy menyuruh sseorang tu melakukan kerja..
huhu..
surely its quite dificult for me..^____^

ya Allah lapangkan hati ku untuk menerima apa sahaja ilmu yang bermanfaat dari sapa sahaja yang menyampaikan ilmu tersebut,..aminnn.....

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..
semoga Allah permudahkan urusan kerja kita dimanapun kita berada..

Mungkin bagi korang yang baru nak mula dalam bidang pekerjaan..
pastikan niat kerja kerana Allah..
niat kerja tuk dapatkan ILMU sebanyak mungkin..
dan kerja sungguh2..
elakkan dari muddah makan hati dan kecil hati dgn majikan atau pekerja..
positive thinker,berbaik sangka dengan semua orang..
elakkan dari menabur fitnah k..

gudluck for job..for me and u ... KEEP IT UP..  :)



Friday, 30 January 2015

CERITA PERMULAAN NAK BERBISNES

Jujur..
dengan xd pengalaman nak mulakan bisnes..
dengan xde kawan2 rapat yang pernah berbisnes..

tapi..
aq letakkan tekad dalam hati untuk bukak bisnes .. :)

aq yakin pada diri aq yang aq boleh berjaya suatu hari nanti..
aq cme nak mak ayah aq happy in their life sbb tgk anak2 dy berjaya..

my sister actually have a good skill dlm bab2 masakan..
she has a good talent..
aq sgt sangat la respect kat kakak aq yang first ny sbb dy blh consistent on their job..

but aq pula baru nak stat bisnes dgn my fiance..
hari sblum ny my fiance pergi ke SSM utk renew lesen..
alhmdullillah lesen da renew..
stakat ny bru wat promosi kat facebook.. :)

Semoga Allah permudahkan urusan kitorg..
semoga Allah beri kejayaan dalam usaha untuk mulakan bisnes ny..
walaupun orang yang dekat,kawan2 xde yang berniaga..
walaupun aq bukan berasala dr keluarga yang berniaga..
walaupun xprnah ade basic berniaga..
walaupun pengajian perniagaan merupakan result yang paling teruk mse tingkatan 6..huhu

i fight myself.. ^^
Ispirasi saya ialah............................ Mr.Ifran Khairi :)
bye2,,,


Thursday, 29 January 2015

CABARAN dalam membina keyakinan diri

Dunia ny adalah dunia yang penuh dengan cabaran..
betul lah kata orang..
nak berjaya bukannya mudah.. :)
 perlukan ketabahan..
perlukan support orang sekeliling kita..

untuk memasuki dalam bidang yang diminati rupanya bermula dengan jalan yang penuh mencabar..
Aq cuma ingn belajar sesuatu yang baru..

Tekanan adalah perkara yang biasa dalam hidup..
biasakan diri untuk menerima tekanan..
walaupun pada hakikatnya sangat susah untuk terima tekanan orang sekeliling terutamanya pesaing kita..

Sakitnya tatkala tekanan datang bertimpa2 dalam waktu kita belum lagi mampu untuk hadapinya..
aq bukan seorang yang berjiwa kental..
berasal dari seorg yang sangat penakut..pendiam..dan mudah jatuh jika terlalu terlalu tertekan..
terlalu rendah diriku dahulu,..


mungkin dari semua kelemahan aq lah aq mampu untuk belajar sedikit demi sedikit jalan cerita kehidupan..
hanya Allah yang tahu betapa aq cekalkan hati aq yang lemah selama bertahun2 lamanya untuk mnjadi seorg yang berjaya seperti kalian semua..
Aq tahu bukan mudah untuk melalui jalan cerita yang panjang..jalan cerita yang bakal aq lalui selepas ini..

aq hanya berusaha mana yang termampu..
yang selebihnya aq serahkan segalanya pada Rab sekelian alam.. :)









Tuesday, 27 January 2015

KENAPA LETAK SEBAGAI AKAUN JIKA..

Ntah kenapa terasa macam xberpuashati sangat2 kat satu company yang aku kerja skrg ny..
ceritanya bermula dr first start aq kerja kt sni..

Aq nk tye korang laa...
if korang sebagai bekerja sebagai akauntan kat satu company ny..
tiba2 kerja korg semua diambil alih oleh orang lain..orang yang mengurus visa dalam mase yang same mgambil tugas aq sebagai akauntan..so,agak2 la kn..ape yang korang rse claw skrg ny korg ade kt tmt aq..

jujur la aq ckp..
aq jenis org yang sgt suka wat kje..
suke wat perkara2 baru..
anyway..
aq terasa cam sakit sgt bile kerja yang patutnya aq buat tetibe org lain yang buat..
aq trus terang mmg aq xberapa nk rse puas hati..huhu

aq tahu mungkin sbb dy da ade pengalaman  bertahun dalam syarikat travel lain (actually syarikat yang aq kje skunk ny pun syarikat travel jgk) jd bile dy pindah sni ,ape2 hal semua dy yang ambil alih..
mmg dy msuk dlu kje smgu sblum ktorg (syarikat baru ny..) tapi dalam bab2 yang melibatkan buat invois tu semua sepatutnya aq yang buat..gaji if aq xpernah buat skalipun,anyway dy boleh tolong ajarkn..xsalah pun..

aq mengaku..aq msuk bidang perakaunan sebab aq ingin cabar diri aq tuk jadi aq yang cekap,hebat,amanah dan berkeyakinan..
InsyaAllah dalam post yang akan datang..aq nk berkongsi cket luahan hati ttg sejarah hidup keluarga aq
orang xmampu melihat hati kita..
orang selalu judge kita dari luar..
ape pun..sekadar ny ja yang mampu tuk diluahkan..
aqxsuka maki orang..aq xsuka caci orang..
better berbaiksangka dan sabar..
bukan mudah untuk kita menggapai kesenangan..
belajar dari kesusahan dan kesakitan..
keep smile..
Allah is always be with u..
Luv me and u :)

assalam...

Sunday, 25 January 2015

TANDA LELAKI SAYANG


bila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Mengapa lelaki suka mendiamkan diri



Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?
Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?
Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Saya ada ceritakan lebih detail dalam ebook Rahsia Memahami Pasangan Anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya. (thanks dear~)
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. 

Cara Kutip Hutang


Kutip hutang merupakan satu skill bisnes yang amat amat penting. Ini adalah satu skill yang tidak diajar di business-business school, dan kurang dibincangkan oleh para peniaga. Walau bagaimanapun, tanpa skill mengutip hutang (dalam bahasa yang lebih sopan “accounts receivable management”) yang betul, bisnes anda boleh lingkup terutama jika anda menjalankan bisnes kecil.
Alhamdulillah setakat ini kutipan kami berada pada tahap ~90%, walaupun kadangkala ada hutang yang lambat dibayar.
Orang Melayu mempunyai sikap lemah lembut, pemalu, dan murah hati. Semua sikap ini mulia, tapi jika dibawa ke dalam perniagaan secara tak bertempat, alamat lingkup lah perniagaan dek hutang yang tak terkutip.
Ini adalah beberapa perkara penting mengenai hutang:
1. Jangan beri hutang / credit period untuk orang yang anda segan memintanya.
Jika anda ingin berurusniaga dengan saudara-mara rapat, saudara-mara yang lebih berumur, kawan baik, kawan lama, orang-orang kenamaan, pastikan anda berfikir dua kali sebelum memberi hutang atau credit. Ini kerana jika orang tersebut tidak bayar, anda akan berasa segan untuk memintanya. Segan-segan lama lama jadi hutang lapuk.
2. Hutang mesti direkod dalam bentuk bertulis.
Ini adalah sesuatu yang mesti untuk hutang peribadi (rujuk Al-Baqarah ayat 282 mengenai kepentingan merekod jumlah dan tempoh hutang secara bertulis, walaupun untuk jumlah yang sedikit). Lebih baik jika ada 2 orang saksi terhadap hutang tersebut. Saya agak strict dengan hutang peribadi, sesiapa yang tidak rapat dengan saya yang mahu meminta hutang, saya insist untuk dapatkan 2 saksi yang tandatangan perjanjian itu. Setakat ini semua bayar balik 100% on time. Kecuali dengan kawan-kawan rapat, saya rekod dalam email sahaja. Yang penting ialah merekodkan jumlah dan tempoh hutang.
Kenapa perlu rekod tempoh hutang? Ini kerana sebelum tempoh hutang itu tamat, anda sebagai pemiutang TIDAK BOLEH mengutip hutang, walaupun dengan cara perli atau memberi hint-hint yang halus (“ehem ehem sakan shopping nampak? gaji dah masuk ke?” sebagai contoh). Ingat, jangan mention langsung hutang selagi tempoh hutang tidak tamat. Penghutang mempunyai hak untuk tidak diganggu / “to be left alone” sehingga tempoh hutang.
Lepas habis tempoh hutang? KUTIP!!!!! Call, SMS, email, perli, cakap direct, minta, rayu, marah, pujuk, dsb. Semua cara tersebut adalah valid (yang tak valid ialah cara ah long — simbah cat merah dan kurung dalam kandang anjing). Sebagai pemiutang sekarang adalah hak anda untuk mendapatkan semula wang anda. Kalau anda kesian pun, kesian itu adalah dikira sebagai sedekah. Jika anda bermurah hati memanjangkan tempoh hutang, ini adalah satu amalan mulia dan anda akan mendapat pahala yang banyak. Kalau murah hati lagi, nak burn hutang pun tak apa. Tapi itu semua optional. Jika anda tak murah hati, anda berhak mengutip hutang on time. Jangan malu-malu jangan segan-segan.
Itu semua cerita hutang peribadi. Bagaimana pula dengan hutang bisnes?
Dokumen perjanjian hutang/credit bagi bisnes ialah INVOIS. Di dalam invois mesti diletakkan tempoh hutang, dan orang yang menerima invois mesti faham akan tempoh masa yang diberikan dan apa natijahnya jika tempoh credit tersebut dilanggar.
3. Menuntut hutang dengan swasta / individu
Jika anda berurusan dengan swasta atau individu, sebagai pemiutang anda mempunyai kuasa untuk menuntut hutang anda selepas tamat tempohnya. Anda boleh call setiap hari, email setiap hari, marah penghutang anda, ugut untuk mengambil tindakan peguam, report kepada pihak berkuasa dan macam-macam lagi. Semua tindakan tersebut adalah pilihan anda yang sah. Jangan takut. Kena sedikit ruthless dalam bab ini. Kutip hutang dari swasta dan individu adalah lebih mudah dari kutip hutang dengan kerajaan. Mereka tiada kuasa. Yang mereka boleh buat ialah lari sahaja.
Cuba tengok macamana syarikat besar kutip hutang. Kalau SYABAS tak bayar 2 bulan, mereka akan hantar pink letter, beri amaran potongan bekalan air (walaupun yang tertunggak cuma RM 50). Kalau Maxis terlewat bayar sebulan, kena block line. Kalau tak bayar 3 bulan, dapat letter dari collection agency, ugut untuk ambil tindakan undang-undang. Kalau Astro tak bayar 2 bulan, kena block. Anda juga kena ikut contoh mereka ini. Jangan beri muka sangat kepada orang yang lambat bayar hutang. Siapa culas, pulas telinga mereka.
4. Menuntut hutang dengan kerajaan
Bagaimana dengan kerajaan? Yang ini memang membengangkan. Kalau agensi kerajaan/kementerian bayar lambat, kerani kewangan keluar macam2 alasan yang tak munasabah: “HQ belum reply”, “duit peruntukan belum masuk”, “invois silap tarikh”, “invois tak ada sign” (jahil betul, invois mana ada sign, mana lah kerani-kerani ni belajar. Cuba faham apa itu invoice: http://en.wikipedia.org/wiki/Invoice), “dokumen tak ikut format” dan pelbagai lagi alasan yang dibuat kononnya untuk mengikut prosedur. Apakan daya, mereka hanya lah kerani yang menurut perintah. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh.
Invois yang anda keluarkan seumpama tak ada makna kalau berurusan dengan kerajaan. Kalau kita tulis bayaran sepatutnya settle 2 minggu after delivery date dalam invois, agensi kerajaan ini akan bayar suka hati bila mereka mahu. Tak ada tindakan boleh diambil, dan ini lah yang menyebabkan ramai peniaga frust bila berurusan dengan kerajaan. Kadangkala kerani pula yang marah kita bila kita selalu call.
Jadi bagaimana? Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan (ini semua mengikut pengalaman saya, follow these at your own peril):
a) Jangan berurusan dengan kerani kewangan berkenaan hal bayaran. Mereka ini cuma robot sahaja. Berurusan dengan pegawai yang jaga duit, kalau lebih baik lagi pengarah mereka.
b) Jangan malu-malu. Call, SMS, email, hantar surat setiap hari atau setiap 2 hari menuntut hak anda. Beri petunjuk bahawa anda tak akan berhenti menghubungi mereka walau apa jua alasan yang diberi. Biar sampai mereka fed-up tak mahu bercakap dengan anda, atau menggunakan kata-kata kesat pada anda. Jika sampai peringkat itu, lapor kepada boss mereka. Orang kerajaan ni takut kalau client mereka (i.e. rakyat) buat laporan yang boleh memberi kesan pada karier mereka.
c) Buat surat rasmi/email dan cc kan kepada semua orang di atas chain of command pegawai tersebut (pengarah, ketua pengarah, kalau boleh menteri sekali). Orang-orang atas tu takkan baca pun, tapi ini cukup untuk menggerunkan hati pegawai kerajaan yang mendewa-dewakan hierarki itu.
d) Kalau nak power lagi, ambil surat tersebut (bahagian (c)) dan beratur di service center ADUN anda ketika YB datang ke service center (selalunya hari Selasa). Minta beliau signkan sokongan beliau, tak sampai 5 saat pun. ADUN yang baik biasanya tak kisah sign surat-surat macam ini. Tujuannya bukanlah untuk meminta tolong ADUN sangat tapi tak menggerunkan pegawai kerajaan yang suka melengah-lengahkan proses. Mereka ni cuak kalau ada sign Dato itu Dato ni. (Note: hanya berkesan dengan ADUN Barisan Nasional sahaja.)
e) Jangan terima apa-apa alasan. Kalau mereka beri 1001 alasan, pastikan anda bercakap telefon dengan mereka selama 15-30 minit, bangkang segala alasan mereka dan buang masa mereka supaya mereka tension dan tertekan. Mereka ni suka tolak-tolak tanggungjawab pada orang lain — HQ tak approve, bos belum sign, duit tak masuk lagi, bahagian kewangan tak meeting lagi — seakan-akan mereka sahaja yang betul. Bangkang semua alasan mereka, dan tujukan api kemarahan anda kepada pegawai yang menjaga bahagian payment. Apa guna belas kasihan dalam menuntut hak anda. Let them know you mean business.
f) Bercakap dengan penolong pengarah/pengarah dan ugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Walaupun berkemungkinan mereka tidak layan, tapi mereka akan merasa sedikit gerun terutamanya jika mereka hampir pencen atau hampir naik pangkat (mereka cuba untuk elak apa-apa masalah). Taktik ini mungkin kurang berkesan, tapi boleh dicuba.
g) (yg ni jahat sikit heheh) Kalau anda berurusan dengan pegawai Melayu (99%), cara paling efektif ialah memainkan sentimen agama dan bangsa. Cakap lah something like “kalau tak bayar jugak minggu ni, saya taknak terima apa-apa bayaran pun, saya tuntut kat akhirat nanti” kekeke kalau pegawai tu jenis pak lebai sikit, sure dia menggeletar takut. Atau kalau nak guna sentimen bangsa, cakap something like “inilah dia kerajaan, orang melayu nak meniaga, kerajaan lah yang bagi lingkup sebab taknak bayar”. Ini taktik yang boleh dikatakan kotor, again, use it at your own peril.
h) Kalau tak dapat-dapat jugak, atau bayaran lambat yang melampau (lebih 1 tahun), jangan malu jangan segan, jumpa lawyer. Lawyer sure seronok ambil kes ini, especially jika dokumen seperti LO sudah dikeluarkan. Saman agensi tersebut dengan jumlah 5x bayaran yang dituntut untuk cover court cost, lawyer fee, opportunity cost, interest, etc. Bila mereka ni dapat panggilan lawyer atau surat mahkamah, confirm mereka panik dan akan cepat bayar. Kalau tak insaf juga, let the courts decide.
i) (tambahan, tips dari kawan saya Johan) Kalau penghutang bayar lambat, cakap kat dia mintak tolong bayar cepat sebab ahlong dah mintak duit daripada saya…tolonglah encik…kekekeke…sure mereka simpati.
__________________
Saya menggalakkan cara-cara yang radikal dan agresif dan confrontational dalam mengutip hutang. Elakkan perasaan malu, segan, murah hati, dalam menuntut hak anda sebagai entiti perniagaan. Cadangan-cadangan saya ini agak berat untuk diterima sesetengah orang kerana saya menggalakkan konflik. Walau bagaimanapun, orang-orang lama dalam perniagaan sudah pasti bersetuju dengan saya.

Cadangan-cadangan ini ditulis mengikut pengalaman saya sahaja kerana cara lemah-lembut dan murah hati tidak berkesan dan akan menyebabkan anda mudah dipijak oleh orang lain. Kita kena bersifat tegas dalam menuntut hak kita. Hutang atau receivable adalah 100% hak kita, dan apa jua cara yang digunakan, lembut atau keras (tapi tak sekeras ahlong), adalah sah. Orang yang bermurah hati akan berkata “ish, takkan nak kutip hutang sampai camtu sekali, nanti customer lari”. Jawapan saya: lebih elok customer sekali tapi bayar hutang full, daripada repeat customer yang tak bayar hutang. Anda menjalankan perniagaan bukannya charity.

ISI HATI LELAKI


Posted by Razzi Rahman under Tips Cinta
[608] Comments 
http://www.razzirahman.com/images/man.jpg
“Bro Razzi! …Dengan kadar segera pleasssse!” – Haa, itulah kawan-kawan saya dari kaum hawa nihh, kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak segera. Sampai yang duk Australia dan Japan asyik bertanya dan kebetulan, gadis-gadis dari Sabah dan Brunei juga turut curious dan menggesa Bro Razzi menulis tentang Isi hati lelaki…
Ok girls, this is special for you!
So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?
True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused! Hehehe… well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…
The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-
Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
·         Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
·         Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
·         Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
·          Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
·         Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
·         Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;) )
Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?
·          Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja ;)
Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
·         Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…
Basically…
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.
·         Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.

·         IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe ;)

TENTANG LELAKI YANG ANDA PERLU TAHU


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQQuKzhbhWO80FW5sXFFv7uMhJueVn9GQoNYfn0eXFZLygIulqbOoDC-O86ixFZPAhjV08rTmCURwabdUx9TiEXvW_3M_0QlkXt2y7T1Ragn3zXzXlTzA4hCK5dT8Jxvnn12hc8VPpnkM/s1600/lelaki.jpg
1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.
-Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.  
-Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda.
 7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
           -Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.         
 -Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
-dan Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.     (fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.


50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh40bAsqdWDbZV99MCQGE0cYKHGrFjuXn2qeCWwOTTxuCK9fvz2f68RRTJqUtXR-0ConszNw4Xd3NmGH973wgmzQZZRHUqg_gNBpEIsEoWdBIvVnKuEfDCpG1ITiRPFx-THOID4bfoweyU/s320/LELAKI-YAB-BAIK-COMEL-SWEET-ROMANTIK-N-CHARMING.jpg
51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.
-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.              
 -Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.


58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.


61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)
91.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

92. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
93. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

94. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

95. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

96.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

  97.Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

  98.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

99. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

100. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

101. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

102. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

103. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

104. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita). 

105. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

106. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).


107. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

108. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

109. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip. 


110. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.