aq xpernah meminta untuk menjadi seorang yang pelupa ..aq cuba ingat setiap perkara yang aq buat namun aq selalu gagal. berkali2 aq cuba ingat apa yang dipelajari,dibaca dan dibuat,kadang bila orang berkata-kata kepada aq aq lupa dan dimarahi kerana terlupa atas apa y diberitahukan,berulang kali berlaku pada aq.terlalu sedih aq rasakan.hidup aq xseperti yang lain.kadang kala aq rasa dunia ini kosong,xbermakna bagi aq..aq cuba buat setiap perkara dengan baik.aq cuba belajar balik,aq baca buku,aq cuba siapkan kerja aq dgn lengkap walaupun ada beberapa perkara penting aq terlupa utk lakukan..
orang mengkritik aq kerana sikapku yang pelupa..mereka tidak berada ditempatku,mereka tidak mengalami apa yang aq alami.menreka tidak tahu betapa sakitnya menjadi seorang yang pelupa.nampak seperti tidak ade apa2..sukar untuk belajar,sukar untuk bekerja,sukar untuk berkomunikasi dengan orang,sukar..segalanya sukar..
kadang memang aq cuba menyembunyikan pelupa aq dengan memberi alasan kepada orang dan dengan mendiamkan diri wat sementara waktu..
aq penat menghadapi perkara ini sendiri selama bertahun2..
penat mengharungi sakit ini sendiri,manusia xkn pernah nampak kesakitan yang aq alami kerana pada zahirnya aq kelihatan seperti orang normal yang lain..penat..penat..dan penat..
aq tidak banyak mengadu pada masyarakat kerana aq tahu mereka juga punya masalah tapi mereka boleh mengawal masalah mereka dengan melakukan bermacam2 aktiviti..namun masalah yang aq hadapi walaupun aktiviti ape pun yang aq isi utk melepaskn stress ny masalah pelupa ny tetap ade.
dan sampai lah sekarang ny aq rse macam da xnak hidup da kadang2..tapi aq kuatkan jugak hati aq tuk jaga hati mak ayah aq. insyaAllah..sekarang aq sedang dalam proses tuk hafaz quran..
semoga Allah memberi kekuatan pada aq untuk hafaz quran.semoga segala yang terbelenggu dihati ini Allah lepaskan supaya diri ini lebih tenang menghadapi kehidupan harian.